Pratonton — belum berkuat kuasa
TERMA & SYARAT SPM MATHLAB
Versi 1.0
Disediakan: 7 November 2026
1. TENTANG KAMI
SPM MATHLAB dikendalikan oleh Alaf Daya Bumi Enterprise (“kami”). Hubungi kami melalui [email protected].
SPM MATHLAB ialah alat bantu pembelajaran Matematik SPM. Ia bukan perkhidmatan rasmi Lembaga Peperiksaan atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. PENERIMAAN TERMA
Terma ini menerangkan syarat penggunaan SPM MATHLAB. Baca sebelum memberikan persetujuan melalui kaedah penerimaan yang disediakan.
Penerimaan Terma tidak menggantikan persetujuan pemprosesan data yang diperlukan undang-undang. Cara data peribadi dikendalikan diterangkan secara berasingan dalam Notis Privasi.
3. PENGGUNA BAWAH 18 TAHUN
Bagi pengguna bawah 18 tahun, ibu bapa, penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa memberi persetujuan dengan menanda kotak tick pada langkah Terma & Syarat semasa daftar, selepas membaca Terma & Syarat dan Notis Privasi. Persetujuan itu tidak diminta dan tidak diberi melalui e-mel. Tick pelajar sendiri tidak menggantikan tick itu.
Sebarang pembelian bagi pengguna bawah 18 tahun hendaklah dibuat oleh ibu bapa atau penjaga. Penjaga boleh menghubungi kami tentang penggunaan perkhidmatan atau data anak di bawah jagaan mereka, tertakluk kepada pengesahan munasabah.
4. AKAUN DAN KESELAMATAN
Gunakan kaedah log masuk yang disediakan. Jaga keselamatan akaun dan jangan berkongsi kata laluan, menyamar atau menggunakan akaun orang lain tanpa izin.
Hubungi kami jika awak mengesyaki akaun disalahgunakan. Jangan hantar kata laluan melalui e-mel.
5. PENGGUNAAN YANG DIBENARKAN
Gunakan SPM MATHLAB untuk pembelajaran peribadi. Awak boleh menyimpan atau mencetak bahan yang disediakan untuk tujuan tersebut dan menunjukkan hasil kerja kepada guru atau penjaga.
Jangan menjual atau mengedarkan semula kandungan secara pukal tanpa kebenaran, mengganggu sistem, memintas kawalan akses, mengakses data orang lain atau menggunakan perkhidmatan untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.
6. KANDUNGAN DAN HASIL KERJA
Hak terhadap bahan, reka bentuk dan perisian adalah milik kami atau pemilik hak masing-masing. Kebenaran penggunaan peribadi tidak memindahkan hak tersebut kepada awak.
Hak yang awak miliki terhadap hasil kerja sendiri kekal milik awak. Awak memberi kami kebenaran terhad untuk mengendalikan hasil itu setakat yang diperlukan bagi fungsi yang digunakan, termasuk paparan, simpanan dan cetakan, tertakluk kepada Notis Privasi.
7. PENGGUNAAN AI
Bahan atau respons yang dihasilkan dengan bantuan AI boleh mengandungi kesilapan atau maklumat tidak lengkap. Jika fungsi pembantu AI disediakan, responsnya bukan pengganti penerangan guru. Semak jawapan penting dan laporkan kesilapan yang ditemui.
Jika input awak diproses oleh pembekal AI, jenis data, tujuan dan pihak yang terlibat hendaklah diterangkan dalam Notis Privasi serta makluman berkaitan sebelum pemprosesan tersebut. Jangan hantar maklumat peribadi atau sensitif yang tidak diperlukan.
Terma ini tidak memberikan kebenaran tanpa had untuk penggunaan hasil kerja bagi tujuan lain.
8. SKOR, XP DAN MASTERY
Skor, XP, tahap penguasaan (“mastery”) dan lencana ialah penunjuk latihan dalam app. Ia bukan gred rasmi atau jaminan keputusan SPM dan tidak mempunyai nilai tunai.
Semakan jawapan tidak semestinya menilai keseluruhan jalan kira atau kefahaman awak. Rujuk guru jika ada penerangan atau jawapan yang diragui.
9. DATA PERIBADI
Kami tidak menjual data peribadi pelajar. Butiran pengumpulan, penggunaan, pembekal perkhidmatan, tempoh simpanan dan hak berkaitan data diterangkan dalam Notis Privasi.
Jangan masukkan maklumat sensitif yang tidak diperlukan dalam jawapan, contengan atau laporan masalah.
10. PERCUMA DAN TAWARAN BERBAYAR
Penggunaan adalah percuma sepanjang fasa perintis yang kami umumkan. Penggunaan percuma tidak bertukar secara automatik menjadi langganan berbayar.
Jika tawaran berbayar diperkenalkan, kami akan memaklumkan sebelum akses percuma berkaitan berakhir. Sebelum pembelian, pembeli akan ditunjukkan harga penuh termasuk caj berkaitan, tempoh akses, pembaharuan jika ada, cara membatalkan dan syarat bayaran balik.
Bayaran hanya dikenakan selepas pembeli memilih tawaran dan mengesahkan pembayaran. Hak pengguna yang diwajibkan undang-undang tidak diketepikan.
11. KETERSEDIAAN DAN INTERNET
Sesetengah fungsi memerlukan internet. Pemasangan app tidak bermaksud semua kandungan boleh digunakan tanpa internet.
Gangguan, penyelenggaraan atau perubahan ciri boleh berlaku. Kami berusaha menangani masalah tetapi tidak menjamin perkhidmatan sentiasa tersedia atau bebas ralat.
12. SALINAN HASIL KERJA DAN PDF
Jika tersedia, salinan hasil kerja tempatan disimpan pada pelayar dan peranti yang digunakan. Ia bukan sandaran akaun atau cloud, tidak semestinya tersedia pada peranti lain dan boleh hilang apabila data laman atau storan pelayar dikosongkan.
Had simpanan dan pilihan pemadaman salinan diterangkan dalam app. Memadam salinan PDF tidak bermaksud akaun atau progres turut dipadam.
Semak kelengkapan soalan, formula, rajah dan contengan sebelum menggunakan cetakan sebagai rekod. Simpan PDF sendiri jika diperlukan untuk rujukan kemudian.
13. SOKONGAN DAN PEMADAMAN AKAUN
Hubungi [email protected]. Sasaran balasan ialah 1–2 hari bekerja, bukan jaminan balasan serta-merta.
Awak boleh meminta pemadaman akaun dan data berkaitan melalui e-mel tersebut. Saluran pemadaman tambahan dalam app dan laman web akan dipaparkan apabila tersedia.
Selepas pengesahan munasabah, kami menyasarkan pemadaman dalam 14 hari. Jika ada kelewatan, kami akan menerangkan sebabnya. Rekod tertentu hanya disimpan setakat diperlukan bagi kewajipan undang-undang, keselamatan atau pencegahan penipuan; kategori, sebab dan tempohnya diterangkan dalam Notis Privasi, termasuk pengendalian sandaran dan pembekal perkhidmatan.
Pemadaman akaun tidak semestinya membatalkan langganan pihak ketiga. Arahan pembatalan akan diberikan mengikut saluran bayaran yang digunakan. Fail atau PDF yang awak simpan sendiri pada peranti tidak dipadam oleh kami.
14. SEKATAN AKSES
Kami boleh mengehadkan akses secara munasabah bagi menangani penyalahgunaan, pelanggaran serius atau risiko keselamatan. Jika keadaan membenarkan, kami akan memberikan sebab dan peluang memohon semakan melalui e-mel sokongan.
15. TANGGUNGJAWAB DAN HAK PENGGUNA
Kami akan mengendalikan perkhidmatan dengan penjagaan yang munasabah. Tiada apa-apa dalam Terma ini mengecualikan tanggungjawab atau hak pengguna yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang Malaysia.
16. PERUBAHAN DAN UNDANG-UNDANG
Versi dan tarikh kuat kuasa akan dipaparkan. Perubahan penting akan dimaklumkan sebelum berkuat kuasa, dengan notis munasabah dan penerimaan baharu apabila diperlukan. Persetujuan data tambahan diminta secara berasingan jika diwajibkan.
Perubahan tidak menghapuskan hak yang telah timbul sebelumnya. Jika tidak mahu meneruskan penggunaan, awak boleh berhenti dan menghubungi kami tentang akaun atau data awak.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Hak membuat aduan atau tuntutan kepada pihak berkuasa, tribunal atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tidak diketepikan.
Hubungan: [email protected].
